'Datuk' Terselamat Daripada Cubaan Bunuh Malam Tahun Baharu

Diterbitkan: Khamis, 1 Januari 2015 8:49 AM

Keadaan di lokasi kejadian.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang yang bergelar Datuk mengalami kecederaan di kaki selepas terkena tembakan yang dilepaskan terhadapnya di Bandar Rahman Putra, Sungai Buloh di sini.

Difahamkan Datuk berusia 49 tahun itu sedang berada di rumahnya di Bandar Rahman Putra apabila dua lelaki menaiki motosikal cuba untuk membunuhnya, kira-kira pukul 10 malam Rabu.

Temubual dengan jiran-jiran mendedahkan bahawa mereka telah mendengar kira-kira empat hingga lima kali tembakan dilepaskan di kawasan perumahan sekitar waktu kejadian.

Dipercayai dua lelaki terbabit telah melarikan diri selepas anak perempuan Datuk berkenaan, yang didakwa menyaksikan kejadian itu, menjerit meminta bantuan.

Sumber berkata, dua peluru telah menembusi bahagian kaki Datuk berkenaan. Terdapat juga dua kesan tembakan pada keretanya.

Beliau telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Sumber berkata, empat butir peluru 9mm ditemui di luar pagar kediaman Datuk itu.

Terdapat dakwaan bahawa Datuk itu telah menerima surat ugutan kira-kira sebulan yang lalu.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu tetapi enggan mengulas siasatan yang belum selesai.

Kes ini telah diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan