99 Ditahan Mencuri Di Pasaraya Terjejas Banjir

Diterbitkan: Khamis, 1 Januari 2015 10:19 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Seramai 99 orang, termasuk 70 yang tinggal di pusat pemindahan banjir di Tanah Merah telah ditahan selepas mereka ditangkap mencuri di tiga pasaraya antara 26 dan 28 Disember.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek ditahan kerana mencuri ketika premis-premis tersebut terjejas oleh banjir besar.

"Kami terpaksa pergi menangkap perompak dengan bot dan mereka adalah dari pusat-pusat pemindahan banjir di sekitar kawasan itu.

"Dalam kes pertama pada 26 Disember, pada pukul 2 petang, pengurus pasaraya Pantai Timur di Tanah Merah melaporkan kepada polis bahawa penduduk tempatan telah memecah masuk ke dalam premis itu dan bot telah dihantar ke kawasan itu di mana dua buah bot telah ditemui di hadapan pasar raya.

"Pegawai saya mendapati 32 orang yang berumur antara 14 dan 40 tahun, termasuk seorang wanita, mencuri barangan makanan.

"Mereka ditahan di tempat kejadian," katanya pada sidang media di pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini Rabu.

Mazlan berkata dalam kes kedua pada 28 Disember, 49 orang termasuk dua wanita ditahan di Zon Ria, juga di Tanah Merah, kerana mencuri makanan di pasaraya berkenaan.

Kes ketiga pada 27 Disember, 19 orang telah ditangkap selepas mereka memecah masuk ke sebuah pasaraya.

Beliau berkata suspek, yang ditahan reman selama seminggu, akan didakwa di bawah Seksyen 451 Kanun Keseksaan kerana melanggar dan memasuki premis untuk mencuri dan boleh dikenakan hukuman penjara dua hingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Beliau menambah bahawa polis berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk memantau semua premis perniagaan.

"Polis tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang mengambil kesempatan daripada keadaan itu untuk mencuri barang-barang," katanya.

Mazlan juga memberi jaminan kepada orang ramai bahawa keadaan adalah di bawah kawalan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan