Polis Pulau Pinang Dahului Carta Selesai Kes

Diterbitkan: Rabu, 31 Disember 2014 11:25 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis Kontinjen Pulau Pinang menduduki tempat pertama dalam mencapai kadar penyelesaian kes tertinggi iaitu sebanyak 55.6 peratus bagi tempoh Januari hingga 29 Dis tahun ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata dalam tempoh berkenaan, sebanyak 11,721 kertas siasatan dibuka dengan 6,287 daripadanya telah dituduh di mahkamah.

"Dari segi kadar pertuduhan, ia bersamaan dengan 53.64 peratus melepasi  indeks prestasi yang dicapai tahun lepas iaitu sebanyak 48.6 peratus," katanya ketika berucap pada Majlis Malam Kecemerlangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pulau Pinang, di sini Selasa malam.

Katanya sepanjang tahun 2014, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menunjukkan pencapaian cemerlang dengan membongkar lapan makmal memproses dadah di sekitar negeri ini melibatkan penahanan 436 pengedar.

Daripada jumlah itu, sebanyak 135 kilogram heroin, 40 kilogram syabu, 74 kilogram ganja dirampas selain polis menyita wang tunai, kenderaan mewah, barang kemas bernilai RM16 juta, katanya.

Abdul Rahim berkata sejumlah 6,519 penagih dadah telah ditahan bagi memastikan kegiatan tidak bermoral itu dibanteras sehingga ke akar umbi.

Katanya Jabatan Siasatan Jenayah turut memperlihatkan prestasi membanggakan dengan menyelesaikan 13 kes daripada 18 kes pembunuhan melibatkan warga Myanmar yang menjadi isu hangat tahun ini.

Beliau juga memuji Jabatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil atas kejayaan menggagalkan 637 kes pelbagai kesalahan melibatkan sindiket penipuan, pecah amanah, jenayah siber dan pemalsuan.

"Sebanyak 449 kes bersamaan dengan 70.5 peratus telah diselesaikan sekali gus mencapai sasaran KPI (Indeks Prestasi Utama) sebanyak 55 peratus yang ditetapkan sebelum ini," katanya.

Terdahulu, sebanyak 331 kakitangan PDRM termasuk petugas media, pertubuhan bukan kerajaan, agensi kerajaan dan swasta menerima surat penghargaan Ketua Polis Pulau Pinang atas khidmat cemerlang di samping membantu polis membanteras jenayah.

Tags / Kata Kunci: Pulau Pinang , Polis , PDRM

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan