Suami Isteri Lemas Jatuh Bot, Bomba Siasat Anggota Sendiri

Diterbitkan: Rabu, 31 Disember 2014 3:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menyiasat secara telus dan menyeluruh berhubung dua insiden membabitkan anggotanya ketika menyelamat mangsa banjir di Kemaman dan Dungun baru-baru ini.

Pengarah JBPM Terengganu, Md Salleh Sarbini berkata siasatan akan merangkumi segala aspek berkaitan kejadian pasangan suami isteri mati lemas di Kampung Geliga Che Akob, Kemaman.

Beliau berkata pihaknya akan turut menyisat kejadian kenderaan yang dinaiki empat anggota bomba terjatuh ke dalam gaung akibat kejadian tanah runtuh semasa banjir di Al-Muktafi Billah Shah, (AMBS) Dungun.

"Langkah itu diambil bagi memastikan sama ada anggota terbabit benar-benar mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan atau sebaliknya.

"Kita akan terus menjalankan siasatan ke atas dua kejadian ini terutama tragedi bot penyelamat (bomba) yang terbalik di Kemaman. Setelah selesai siasatan, tindakan selanjutnya akan diputuskan untuk penambahbaikan," katanya sewaktu melawat seorang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat AMBS, Maharazir Mat Saud di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.

Md Salleh diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa operasi menyelamat yang dilakukan dalam kejadian bot bomba terbalik ketika memindahkan mangsa banjir di Kampung Geliga Che Akob, Kemaman pada 24 Dis lalu yang mengorbankan sepasang suami isteri dikatakan tidak mengikut SOP ditetapkan.

Mangsa ialah Nurhayati Sulong, 37, seorang guru di Sekolah Kebangsaan Geliga dan suaminya, Suhaimi Awang, 37, yang dikatakan bekerja dengan sebuah syarikat di Pengkalan Bekalan Kemaman, Teluk Kalong.

Manakala satu lagi kejadian pada hari yang sama membabitkan empat anggota dari balai AMBS termasuk Maharazir, 36, yang nyaris maut setelah kenderaan mereka terjatuh ke dalam gaung semasa cuba mengelak jalan runtuh ketika dalam perjalanan untuk memindahkan mangsa banjir di Kampung Shukor.

Md Salleh seterusnya berkata pihaknya akan sentiasa memastikan kesemua anggota bomba yang sedang bertugas membantu mangsa banjir di negeri ini tidak mengabaikan aspek keselamatan selain mengikut SOP yang ditetapkan.

"Semua pegawai dan anggota yang terlibat dalam operasi banjir perlu sentiasa berhati-hati ketika menjalankan tugas menyelamat, sekali gus mengelak insiden tidak diingini," ujarnya.

Tambah beliau buat masa ini pihaknya tidak bercadang untuk menambah jumlah anggota bagi menghadapi bencana itu memandangkan keanggotaan sedia ada iaitu seramai 700 orang dan aset sudah mencukupi.

Tags / Kata Kunci: Bomba , Banjir

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan