Wanita Hamil, Anak Maut Dalam Tanah Runtuh Di Cameron Highlands

Diterbitkan: Selasa, 30 Disember 2014 10:55 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang wanita hamil dan anaknya terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di Tringkap, Cameron Highlands pada Selasa.

Mayat wanita tersebut dikeluarkan dari runtuhan manakala mayat anaknya berusia setahun ditemui kira-kira pukul 8 pagi.

Suami wanita tersebut terselamat dalam insiden yang berlaku pada pukul 5.29 pagi itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata lelaki tersebut diselamatkan pada pukul 7.13 pagi.

Setakat ini, identiti mereka masih belum dikenal pasti.
Tags / Kata Kunci: maut , tanah runtuh , Cameron Highlands

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan