Warga Indonesia Dikhuatiri Maut, Tanah Runtuh Di Cameron Highlands - Berita Jenayah | mStar

Warga Indonesia Dikhuatiri Maut, Tanah Runtuh Di Cameron Highlands

Diterbitkan: Selasa, 30 Disember 2014 11:40 PM

Anggota Polis turut sama membantu untuk mencari seorang mangsa warga Indonesia yang dikenali Zairullah, 27, yang dikhuatiri terkorban akibat tanah runtuh berhampiran tangki simpanan air Taman Corina Terla di Cameron Highlands, malam Selasa. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

CAMERON HIGHLANDS: Seorang lelaki warga Indonesia dikhuatiri maut dalam kejadian tanah runtuh melibatkan sebuah rumah kongsi di ladang sayur berhampiran tangki air di Jalan Desa Corina, Kampung Raja di sini, petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Wan Zahari Wan Busu berkata, mangsa dikenali sebagai Zainullah, 27, dipercayai terperangkap dalam runtuhan di luar rumah berkenaan ketika cuba menyelamatkan diri dalam kejadian pukul 5.30 petang.

"Ketika kejadian mangsa bersama-sama sembilan rakannya yang kesemuanya warga Indonesia sedang berehat. Apabila runtuhan itu terjadi, kesemua rakan mangsa dapat keluar dari rumah itu namun Zainullah dipercayai terperangkap," katanya kepada pemberita di sini malam Selasa.

Beliau berkata, rumah kongsi di atas bukit yang berada dalam ladang sayur-sayuran itu terletak kira-kira 20 meter dari kaki bukit kawasan perumahan Taman Desa Corina.

Zainullah dan sembilan rakannya merupakan pekerja kontrak membina rumah plastik untuk tanaman sayur-sayuran di sekitar Cameron Highlands, katanya.

Beliau berkata, setakat pukul 10 malam operasi mencari mangsa masih diteruskan oleh pasukan Bomba Cameron Highlands dengan dibantu jentera pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Ipoh serta Unit Anjing Pengesan (K9) dari Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dan 25 anggota polis.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Cameron Highlands, Yusry Abdullah Sani berkata, mangsa dipercayai tertimbus dalam runtuhan tanah sedalam kira-kira dua meter.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 6.02 petang dan setakat ini operasi menyelamatkan mangsa masih dijalankan.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan