Dua Beradik Cedera Akibat Letupan Di Rumah

Diterbitkan: Selasa, 30 Disember 2014 10:39 PM

BUKAN DARAH... Hasil ujian mendapati kesan tompokan yang terdapat pada kawasan tangga antara tingkat 14 dan 15 Plaza Masalam tersebut bukan darah. Sebaliknya kesan tersebut dipercayai calitan bahan antikarat.
(Ubah saiz teks)

IPOH: Dua beradik cedera dipercayai akibat satu letupan yang berlaku di rumah mereka di Jalan U21, Bandar Universiti, Seri Iskandar dekat sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, letupan itu berlaku di dalam sebuah bilik rumah berkenaan pada pukul 12 tengah hari, mengakibatkan Indra Adam Mohd Azlin, 9, dan adiknya Indra Adib, 5, mengalami kecederaan.

"Indra Adam mengalami cedera parah di tangan sehingga mengakibatkan jari kelingkingnya terputus manakala adiknya mengalami kecederaan di muka, tangan dan kaki," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.

Mohamad Fakri berkata, ketika kejadian ibu mereka sedang memasak di dapur.

Beliau berkata, polis masih belum mengenal pasti punca letupan itu.

Katanya, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan