Tingkat Bawah Sebuah Apartment Di Ara Damansara Runtuh - Berita Jenayah | mStar

Tingkat Bawah Sebuah Apartment Di Ara Damansara Runtuh

Diterbitkan: Sabtu, 27 Disember 2014 9:22 PM

Keadaan tingkat bawah dan tingkat bawah tanah sebuah apartment yang masih dalam pembinaan runtuh pada petang Sabtu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tingkat bawah dan tingkat bawah tanah apartment 17 tingkat yang masih dalam pembinaan di Ara Damansara di sini runtuh pada Sabtu.

Timbalan Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata pasukannya dimaklumkan mengenai insiden itu kira-kira pukul 5.50 petang.

"Kami mengerahkan anggota ke tempat kejadian yang terletak di Jalan PJU 1A/20 dengan segera.

"Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam insiden itu," katanya.
Tags / Kata Kunci: apartment , runtuh
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan