Dua Lelaki Bersenjatakan Batang Besi Rompak Kedai Emas

Diterbitkan: Sabtu, 27 Disember 2014 5:51 PM

Anggota polis menjalankan siasatan di sebuah sebuah kedai emas yang dirompak dua lelaki di Jalan Tunku Hassan di Seremban pada Sabtu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Sebuah kedai emas di Jalan Tuanku Hassan di sini kerugian RM300,000 apabila dirompak dua lelaki bersenjatakan batang besi pada Sabtu. 

Ketua Polis Negeri Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata kejadian berlaku pada pukul 11 pagi ketika pemilik bersama dua pekerja dan seorang pelanggan berada di dalam kedai berkenaan.

Beliau berkata kedua-dua lelaki itu yang berbaju lengan panjang dan topi keledar berpenutup penuh meluru masuk lalu memecahkan cermin tempat simpanan emas menggunakan sebatang besi yang dibalut dengan kertas pembalut hadiah.

Mereka kemudian melarikan empat dulang barangan kemas dengan menunggang sebuah motosikal, katanya dalam satu kenyataan. 

Jaafar berkata sejurus melakukan rompakan, kedua-duanya melarikan diri ke celah lorong di antara Bank Rakyat dan Kolej Cosmopoint yang berhampiran namun besi yang digunakan untuk rompakan dijumpai di tepi jalan berkenaan di luar kedai.

Beliau berkata aspek keselamatan kedai itu longgar kerana tidak menggunakan khidmat pengawal keselamatan manakala ruang kedai pula berkongsi dengan salun rambut. 

Sehubungan itu, Jaafar berkata polis melancarkan Ops Tutup untuk mengesan perompak terbabit di samping meneliti rakaman CCTV yang dipasang di kedai berkenaan.

Sementara itu, pemilik kedai yang dikenali sebagai Teng, 30-an, berkata kejadian rompakan ini merupakan kali ketiga berlaku dengan kali pertama pada tahun 2005 (kerugian RM400,000) dan jumlah kerugian yang sama untuk kali kedua pada awal tahun ini.

Katanya kejadian berlaku dengan begitu pantas iaitu dalam tempoh dua ke tiga minit sahaja. 

Tags / Kata Kunci: rompak , kedai emas

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan