Warga Myanmar Ditemui Mati Dengan Kesan Kelar

Diterbitkan: Sabtu, 27 Disember 2014 8:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang warga Myanmar ditemui mati dengan kesan kelar pada lehernya di Menara Tinjau Ampang dekat sini awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Ampang Jaya, ACP Khairuldin Saad berkata mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditemui seorang pengutip besi buruk yang kemudiannya memaklumkan kepada polis.

Beliau berkata mangsa dipercayai dihentak dengan objek keras pada bahagian lehernya selain kesan kelar yang dalam.

Mangsa merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Tags / Kata Kunci: Menara Tinjau Ampang , maut , Myanmar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan