Mayat Warga Asing Ditemui Di Bukit Mertajam

Diterbitkan: Sabtu, 27 Disember 2014 5:25 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Satu mayat warga asing yang hanya berkain pelekat ditemui berhampiran ladang kelapa sawit di Jalan Gajah Mati menghala ke Junjung di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Rusli Mohd Noor berkata mayat lelaki berusia 30-an itu tanpa dokumen pengenalan diri itu ditemui pukul 1.45 tengah hari oleh orang awam yang melalui kawasan itu.

"Tiada sebarang kecederaan atau unsur jenayah dikesan. Setakat ini kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mayat telah dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.
Tags / Kata Kunci: mayat , warga asing

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan