Warga Emas Ditemui Mati Dalam Bilik Hotel

Diterbitkan: Khamis, 25 Disember 2014 12:06 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang lelaki warga emas ditemui mati dalam keadaan duduk di kerusi dan terdapat sepucuk pistol di bahagian pahanya di dalam bilik sebuah hotel di Jalan Sultan Abdul Jalil di sini, petang Rabu. 

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata lelaki berusia 69 tahun itu ditemui mati kira-kira pukul 6 petang oleh seorang pekerja hotel berkenaan.
 
"Pekerja hotel yang melakukan pemeriksaan di bilik berkenaan terkejut apabila menemui mayat mangsa dalam keadaan berdarah di bahagian mulut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Sum berkata kecederaan dalam mulutnya dipercayai kesan daripada tembakan. 
 
"Tiada peluru dalan pistol. Polis menemui sebutir peluru serta dompet dan telefon bimbit di dalam beg mangsa," katanya.

Sum berkata berkata mangsa yang berasal dari Taman Intan di Pasir Puteh di sini, yang menginap di hotel berkenaan sejak semalam sepatutnya mendaftar keluar pada 12 tengah hari tadi.

Katanya mangsa dipercayai dibunuh dalam tempoh kurang 24 jam dan tiada kesan kecederaan lain ditemui pada tubuh badan mangsa.

Sum berkata polis telah memeriksa rumah mangsa dan mendapati rumah berkenaan tidak berpenghuni, namun hanya terdapat sebuah kereta dan motosikal.
 
"Lelaki itu pergi ke hotel berkenaan menaiki teksi," katanya.

Beliau berkata polis akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada mangsa dibunuh atau menembak dirinya sendiri.

Mayat mangsa di hantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dan bedah siasat akan dijalankan esok.

Tags / Kata Kunci: warga emas ditemui mati

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan