Polis Temui Serpihan Bahan Letupan Di Gurun

Diterbitkan: Khamis, 25 Disember 2014 4:30 PM

Kawasan perumahan yang terlibat dengan bahan letupan.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Polis menemui sejumlah besar serpihan bahan letupan yang meletup di sebuah rumah di Taman Ria Mesra, Gurun, sehingga mengakibatkan tiga orang terkorban pada Rabu. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Nashir Ya berkata ada antara objek itu mempunyai tanda yang menunjukkan ia digunakan oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Beliau berkata pihaknya juga menemui sejumlah besar mercun yang diharamkandi bahagian belakang rumah berkenaan.

"Berdasarkan siasatan dan saiz kesan letupan di tempat kejadian menunjukkan letupan kuat itu bukan berpunca daripada silinder gas yang meletup," katanya dalam kenyataan dpada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira 4.45 petang semalam, tiga orang terbunuh manakala dua lagi cedera parah dalam kejadian letupan di sebuah rumah di Taman Ria Mesra,Gurun.

Letupan itu mengakibatkan seorang anggota tentera, Ayob Hassim, 34, dari Kem Hobart, Gurun; anak perempuannya berusia lapan tahun Hidayah Ayob serta anak jirannya Afiq Lokman Mohd Sharizal, 5, maut manakala isterinya Sharifah Haslinda Hashim, 30, dan jirannya Zuraida Mat Robete, 30, cedera parah.

Nashir berkata sebelum kejadian, ada saksi mendakwa melihat seorang lelaki yang pada pengetahuannya bekerja sebagai anggota tentera di Gurun, sedang cuba menggergaji benda yang menyerupai bom mortar di bahagian belakang rumahnya.

Beliau berkata pihaknya kini menjalankan siasatan untuk mengenal pastibagaimana anggota tentera terbabit memiliki bahan letupan tersebut dan tindakannya menggergaji bahan itu.

"Kesan letupan itu juga menyebabkan 40 buah rumah terjejas termasuk 10 buah dilaporkan rosak teruk.

Banyak lagi laporan mengenai kecederaan dan kerosakan harta benda akan diperoleh kerana siasatan masih dijalankan," katanya.

Tags / Kata Kunci: bahan letupan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan