Sarjan Polis Maut Dilanggar Kenderaan Lain - Berita Jenayah | mStar

Sarjan Polis Maut Dilanggar Kenderaan Lain

Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 1:57 PM

(Ubah saiz teks)

REMBAU: Seorang anggota polis berpangkat Sarjan maut dalam kemalangan di Km 223.1, Lebuhraya Utara-Selatan arah ke utara di sini pagi Rabu.

Jurucakap polis berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 6.45 pagi.

Katanya mangsa dikenali sebagai Othman Mohd Yassin, 54, yang bertugas di Cawangan Logistik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan yang meninggal di tempat kejadian.

Mangsa yang menunggang motosikal dipercayai mati akibat dilanggar kenderaan lain.

Sementara itu dalam satu lagi kemalangan, seorang warga emas maut dalam kemalangan di Km 225, Lebuhraya Utara-Selatan ke arah utara, juga di sini malam Selasa.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.25 malam ketika Pok Sok Chin, 62, seorang daripada penumpang sebuah kenderaan pelbagai guna dalam perjalanan dari Johor menuju Seremban.

Kenderaaan itu dilapor terbabas dan terbalik ketika cuba mengelak sebuah kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Ibrahim Sharif mengesahkan kedua-dua kemalangan berkenaan.


Tags / Kata Kunci: Sarjan Polis , Kemalangan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan