Mayat Rentung Ditemui Dalam But Kereta

Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 11:20 PM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Mayat individu dewasa yang belum dikenal pasti identitinya ditemui rentung di dalam but sebuah kereta yang terbakar di simpang masuk Kuburan Cina, Jalan Cecily, Batu 4 di sini, Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata pemilik kenderaan, identiti dan waris mangsa belum dapat dikenal pasti.

Katanya kenderaan itu ditemui pada 9.40 pagi oleh anggota Unit Peronda Polis ketika melalui laluan berkenaan.
 
"Pemeriksaan awal mendapati sebuah kereta jenis Proton Wira terbakar sepenuhnya dan pemeriksaan lanjut menemui mayat dipercayai mayat orang dewasa pada but kenderaan terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama.

Fadzil berkata siasatan secara terperinci masih dijalankan dan pihak polis masih menunggu keputusan pemeriksaan patologi daripada pihak hospital untuk mengenal pasti identiti mangsa berkenaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau sesiapa yang menyedari kehilangan anggota keluarga untuk tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes, ASP Nazri Abd Razak di talian 012-3925759 bagi membantu siasatan.
Tags / Kata Kunci: mayat rentung

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan