Letupan Gas: Dua Maut, Seorang Parah di Gurun

Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 7:16 PM

Anggota Polis mengumpul serpihan mayat mangsa yang tercampak sejauh 17 meter dari letupan yang dipercayai berpunca dari sebuah kereta yang turut menjejaskan lapan buah rumah di Taman Ria Mesra di sini, hari ini. 
Kejadian letupan yang dilaporkan berlaku pada kira-kira pukul 4.57 minit petang itu mengorbankan tiga orang mangsa iaitu seorang lelaki yang juga anggota tentera dan dua anaknya, manakala isterinya pula dilapor parah.
--fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Dua maut manakala seorang lagi cedera parah dalam satu kejadian letupan yang berlaku di sebuah rumah di Taman Ria Mesra di Gurun petang Rabu.

Kejadian yang berpunca daripada letupan sebuah tong gas di bahagian dapur rumah itu menyebabkan seorang lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan maut manakala seorang wanita cedera parah. 

Jurucakap Bomba Kedah berkata pihaknya menerima panggilan itu pada pukul 4.57 petang.

Katanya sebanyak tiga jentera serta 14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Yan dan Sungai Petani dikerahkan ke tempat kejadian, dengan jentera pertama tiba pada 5.13 petang.
 
" Setiba jentera di lokasi kejadian didapati berlaku kebakaran di sebuah rumah teres akibat daripada letupan tong gas di bahagian dapur.
 

" Letupan menyebabkan struktur rumah runtuh dan turut melibatkan lapan buah rumah yang berhampiran. Api kebakaran akibat letupan itu dapat dikawal pada 5.20 petang," katanya ketika dihubungi.

Tags / Kata Kunci: letupan tong gas , Gurun , Kedah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan