Kenderaan Masuk Gaung, 4 Anggota Bomba Cedera

Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 2:01 PM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Empat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Al-Muktafi Billah Shah cedera selepas kenderaan pacuan empat roda mereka terhumban ke dalam gaung akibat tanah runtuh awal pagi Rabu.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelmat Malaysia, Datuk Mohd Nor Ibrahim berkata insiden berlaku kira-kira pukul 1 pagi di Jalan Kampung Syukur Pasir Raja di sini mengakibatkan mangsa bersama jentera 'RRV' serta sebuah bot terhumban ke dalam gaung sedalam 15 meter.

Beliau berkata mereka dalam perjalanan untuk memindah mangsa banjir di kawasan berkenaan.

"Kesemua mereka yang cedera berjaya dikeluarkan dengan pertolongan orang awam yang menyedari kejadian itu," katanya.

Anggota Mohd Fadzil Mohd Jamal, Mohd Faisal Mohd Fauzi dan Aziz Mohammad kini dilapor stabil dan dirawat di Hospital Dungun manakala Maharazin Mat Saud yang parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.


Tags / Kata Kunci: Bomba , Dungun

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan