Bot Diguna Bawa Keluar Pelancong Terperangkap di Taman Negara

Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 6:59 PM

(Ubah saiz teks)

JERANTUT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang menghantar empat buah bot pagi tadi untuk menyelamat 102 pelancong termasuk 20 rakyat tempatan yang terperangkap di sebuah resort di Taman Negara Kuala Tahan.

Pegawai Daerah Jerantut, Ali Syahbana Sabaruddin merangkap pengerusi jawatankuasa operasi menyelamat berkata bekalan makanan turut dihantar.
 
"Kesemua pelancong berkenaan didapati selamat dan mereka akan dibawa dengan bot ke pusat pemindahan banjir di Kuala Tahan sebelum dibawa menaiki helikopter ke bandar Jerantut," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata para pelancong itu yang terputus bekalan makanan turut diberi bantuan makanan oleh penduduk tempatan.

Mereka termasuk dari Jerman, Perancis, Kanada dan Republik Chech dijangka tiba di Jerantut selewat-lewatnya petang ini jika cuaca mengizinkan.

Mereka terperangkap setelah paras air Sungai Tembeling naik mendadak.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan