Ahli Geng Mamak Dicekup Polis

Diterbitkan: Selasa, 23 Disember 2014 3:32 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang lagi dipercayai anggota 'Geng Mamak' di ditahan di Kampung Larut Tin Sambungan, Taiping pada Khamis lepas.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata suspek berusia 31 tahun itu ditahan di sebuah rumah hasil maklumat awam.

"Dalam serbuan pukul 6 petang itu, suspek sedang berada dalam bilik tidur di rumah itu," katanya.

Beliau berkata suspek mempunyai satu rekod jenayah berkaitan samun kenderaan mewah BMW dan ditahan reman sehingga Khamis ini.

Paramasivam berkata suspek mempunyai satu rekod jenayah berkaitan kes samun kenderaan mewah jenis BMW dan ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

Beliau berkata tangkapan itu merupakan yang keempat ke atas anggota kumpulan tersebut.

Pada 7 Dis lepas, polis menahan seorang lelaki berusia 50 tahun dan wanita berumur 33 tahun dipercayai anggota kumpulan itu di sebuah rumah di Jalan Kuala Kangsar.

Seorang lagi suspek yang berusia 37 tahun ditangkap pada 14 Dis lepas dalam Ops Cantas Khas di Lenggong, Kuala Kangsar.

Geng Mamak yang telah lama bergerak aktif, banyak terlibat dengan kes samun termasuk rompakan bank dan mencuri kereta mewah.


Tags / Kata Kunci: Mamak , Polis

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan