Polis Nafi Khabar Angin Malaysia Jadi Sasaran Pengganas

Diterbitkan: Selasa, 23 Disember 2014 11:46 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan khabar angin bahawa Malaysia menjadi sasaran kumpulan pengganas yang akan melakukan serangan khususnya semasa perayaan Krismas nanti.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), ACP Datin Asmawati Ahmad berkata khabar angin itu yang tersebar melalui media sosial seperti WhatsApp adalah palsu.

"Sebaran maklumat melalui Whatsapp itu meminta agar orang ramai tidak mengunjungi pusat-pusat membeli belah dan tempat-tempat awam buat sementara bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya dalam satu kenyataan.

Asmawati berkata maklumat itu turut mendakwa kerajaan telah mengeluarkan amaran berhubung perkara itu dan meminta agar orang ramai berwaspada.

PDRM menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya serta tidak menyebar atau berkongsi maklumat palsu tersebut kerana tindakan itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah boleh menjejaskan ketenteraman awam dan kualiti hidup masyarakat seharian.


Tags / Kata Kunci: Polis , Pengganas , Malaysia

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan