Pekerja Binaan Maut Ditimpa Dinding Konkrit

Diterbitkan: Selasa, 23 Disember 2014 7:49 AM

Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat seorang pekerja yang tersepit di bawah konkrit apabila kontrit sebuah bangunan yang dibina runtuh di Jalan Sultan Ahmad Shah di George Town, malam Isnin. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang pekerja binaan warga Bangladesh maut selepas ditimpa runtuhan dinding konkrit ruang pameran yang sedang dalam pembinaan di Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini malam Isnin.

Dalam kejadian 9.20 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Shamsul, 30, mati di tempat kejadian apabila dinding sepanjang lima meter dengan lebar 5.6 meter itu menghempapnya.

Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Md Suhaimi Md Abdullah berkata, mangsa terperangkap di bawah runtuhan selepas kakinya dipercayai tersangkut dan mayatnya hanya dapat dikeluarkan pasukan menyelamat pada 10.10 malam.

"Mangsa sedang membuat kerja ketika kejadian sebelum dinding itu runtuh. Pasukan menyelamat mengambil masa untuk mengeluarkan mangsa kerana runtuhan dinding itu padat. Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. 

Md Suhaimi berkata, kejadian berlaku ketika hujan renyai dan mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan