Ops Bersih Jerat 365 Pemegang Kad UNHCR Palsu

Diterbitkan: Selasa, 23 Disember 2014 2:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 365 pandatang asing tanpa izin (Pati) yang kebanyakannya warga Myanmar ditahan kerana memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) palsu untuk menetap dan bekerja di negara ini.

Mereka adalah antara 416 Pati yang ditahan dalam operasi 'Ops Bersih' yang diketuai Kontinjen Polis Kuala Lumpur dan disertai lain-lain jabatan seperti jabatan imigresen, jabatan pendaftaran, Rela, jabatan pertahanan awam di sekitar Pasar Borong Selayang yang bermula tengah malam Isnin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa dalam satu kenyataan berkata operasi itu yang bertujuan membanteras Pati menahan 351 warga Myanmar, 20 warga Bangladesh, 30 warga Indonesia, 7 warga India dan 6 lain-lain warga kerana masuk secara haram dan mempunyai kad UNHCR palsu.

Tags / Kata Kunci: UNHCR

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan