Operasi Mencari dan Menyelamat Tujuh Mangsa Gunung Noring Diteruskan

Diterbitkan: Selasa, 23 Disember 2014 6:06 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Pasukan penyelamat hari ini meneruskan operasi mencari dan menyelamat tujuh pemandu pelancong - lima lelaki dan dua wanita - yang terperangkap di Gunung Noring dalam Taman Negeri Gunung Stong, Kuala Krai. 

Pasukan 52 orang itu dianggotai Polis Diraja Malaysia, Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (Storm), Unit Multi Skill Team (MUSTeam), Bomba dan Penyelamat Jeli dan penduduk kampung. 

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Abdullah Mamat berkata pasukan penyelamat bergerak dalam kumpulan kecil sejak 9 pagi dan sedang memantau kawasan-kawasan yang terlibat. 
 
"Sehingga kini belum ada sebarang maklumat terkini mengenai pencarian itu dan kita akan teruskan operasi sehingga semua mangsa yang terperangkap ditemui," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. 

Abdullah berkata identiti semua mangsa yang terperangkap juga sedang dikenalpasti. 
 
"Difahamkan mereka ini pemandu pelancong yang berpengalaman dan dua daripada mereka mempunyai lesen...pendakian mereka itu bertujuan membuat tinjauan trek," katanya. 

Semua mangsa yang berusia antara 20 dan 40 tahun itu dikatakan mendaki gunung berkenaan pada 11 Dis lalu selama 10 hari dan dijadualkan pulang Sabtu lepas (21 Dis).

Laporan dibuat apabila mereka tidak muncul di lokasi yang dijanjikan di kaki gunung berkenaan. 

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan