Lantai Kompleks KDN Retak Akibat Perubahan Suhu Bawah Tanah

Diterbitkan: Selasa, 23 Disember 2014 7:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang berurusan di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Jalan Duta di sini, Selasa terkejut apabila lantai seluas sembilan meter persegi di ruang legar bangunan itu mengalami keretakan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata kejadian itu berlaku kira-kira 3.30 petang itu dipercayai akibat perubahan suhu tanah di bawah kawasan lantai itu berikutan perubahan cuaca. 
 
"Beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas tiba di kompleks itu pukul 4.11 petang untuk membuat pemeriksaan dan mendapati bangunan itu masih selamat untuk digunakan," katanya dalam satu kenyataan di sini. 

Beliau berkata bangunan itu masih dalam tempoh jaminan kontraktor pembinaan selama lima tahun.
 
"Bangunan ini baru empat tahun diduduki dan berdasarkan temu bual dengan pegawai KDN, kami dimaklumkan pihak kontraktor akan membaiki kerosakan tersebut," katanya.
Tags / Kata Kunci: lantai retak , KDN , Jln Duta

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan