Wanita Indonesia Maut, Lima Rumah Musnah Dalam Kebakaran

Diterbitkan: Ahad, 21 Disember 2014 2:16 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang wanita lumpuh, warga Indonesia maut dalam kebakaran yang turut memusnahkan lima rumah teres dua tingkat di Kampung Rantau Panjang, Jalan Kapar, Klang awal pagi Ahad.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, PBK II Sathia Seelan berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.05 pagi dan jentera pertama sampai ke tempat kejadian 6.12 pagi.

"Empat belas anggota bomba dari tiga balai bomba berhampiran dikerahkan ke tempat kejadian dan api dapat dikawal sepenuhnya kira-kira 20 minit kemudian," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata mangsa yang terkorban berusia dalam lingkungan umur 50-an manakala seorang lagi wanita warga Indonesia mengalami kecederaan melecur.

"Identiti mangsa yang terkorban masih belum dikenal pasti sementara mangsa yang cedera berumur 27 tahun," katanya.

Tags / Kata Kunci: maut , kebakaran , Indonesia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan