Piala AFF Suzuki: Polis Tahan Dua Lelaki Bawa Senjata

Diterbitkan: Ahad, 21 Disember 2014 9:12 AM

Walaupun tidak dibenarkan tetapi masih ada yang membawa suar ketika perlawanan final Piala AFF Suzuki hinggakan polis terpaksa bertindak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki warga tempatan kerana memiliki senjata berbahaya ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, kedua-dua lelaki itu didapati membawa suar dan besi buku lima yang dikhuatiri boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam.

Beliau berkata, kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

"Mereka juga ditahan kerana memakai selempang yang tertera ungkapan menghina pasukan polis," katanya dalam satu kenyataan.

Chong berkata, ungkapan berkenaan sangat mengaibkan dan kes itu disiasat di bawah Seksyan 509 Kanun Keseksaan.

Tags / Kata Kunci: AFF Suzuki , suar , besi buku lima

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan