Penggodam Mesin ATM Akan Diekstradisi Dari London

Diterbitkan: Jumaat, 19 Disember 2014 7:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengn bantuan polis London akan mengekstradisi seorang lelaki bagi membantu siasatan kes menggodam 17 mesin juruwang automatik (ATM) yang membabitkan kerugian lebih RM3 juta September lepas.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Jenayah Siber dan Multimedia) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Kamrudin Md Din berkata, Paladi Grigore, 37, kini sedang didakwa di Mahkamah United Kingdom atas jenayah sama yang dilakukan di negara itu.

"Kita memerlukan bahan bukti yang kukuh untuk menuduh suspek. Menurut Interpol, mereka telah menemui beberapa bahan bukti seperti topi dan pakaian yang sama seperti yang tertera dalam rakaman litar tertutup (CCTV) yang diperoleh polis Malaysia," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, PDRM juga akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara bagi mendapat bantuan perundangan untuk mendakwa suspek.

Media tempatan hari ini melaporkan Paladi Grigore yang mempunyai dua kerakyatan iaitu Republik Moldova dan Romania ditahan di London pada 24 Oktober lepas kerana disyaki mendalangi jenayah yang sama di United Kingdom sekitar Mei lepas.

Tangkapan suspek dimaklumkan kepada Interpol Kuala Lumpur melalui Interpol London.

Mohd Kamarudin berkata, hasil siasatan mendapati kegiatan penggodaman didalangi 10 hingga 12 suspek di mana Grigore dikenal pasti telah menggodam empat mesin ATM di negara ini iaitu di Seksyen 9, Shah Alam; Seksyen 14 Sea Park; Jalan Yong Shook Lim, Petaling Jaya dan Puchong.

Pada September lepas, negara digemparkan dengan kes penggodaman 17 mesin ATM di ibu negara, Selangor, Melaka dan Johor Baharu.

Kejadian penggodaman pertama kali berlaku di Malaysia selepas jenayah mencuri wang melalui pengklonan kad ATM sejak 1997 hingga 2002.

Jenayah pengklonan berjaya diatasi selepas Bank Negara menguatkuasakan penggunaan sistem cip dan pita magnetik pada setiap kad ATM pada 2003.

Tags / Kata Kunci: PDRM , Paladi Grigore , Interpol , ATM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan