Kalimah Allah: Perkasa P.Pinang Buat 25 Laporan Polis

Diterbitkan: Jumaat, 19 Disember 2014 6:37 PM

Ahli Perkasa membuat laporan terhadap Lim Guan Eng berhubung penggunaan Kalimah Allah. - foto WAN MOHIZAN WAN HUSSEIN The Star

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang pada Jumaat membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bahawa orang bukan Islam di negeri ini boleh menggunakan kalimah Allah.

Timbalan Yang Dipertua Perkasa Pulau Pinang Azmi Alang yang mengetuai anggota Perkasa dalam membuat laporan polis itu, berkata pihaknya menggesa polis mengambil tindakan keras terhadap Lim yang dilihat cuba mempersenda kalimah Allah.
 
Beliau berkata sebagai seorang pemimpin yang mendapat sokongan rakyat di negeri ini Lim seharusnya peka hal-hal berkaitan agama dan bangsa lain.

"Kami juga menyerahkan memorandum kepada polis supaya tindakan dapat diambil ke atas ketua menteri. Sebagai ketua menteri, dia (Lim) mesti tahu asal usul agama Islam dan agama-agama lain di negeri ini. Dia tak boleh mempertikaikan hak-hak agama lain.

"Kenyataan itu juga seperti mempertikai Yang di-Pertuan Agong, ketua agama negara (dan Pulau Pinang)... kita pun menghormati bangsa lain, kenapa dia nak mempertikaikan orang Melayu dan agama Islam," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini.

Jumaat lepas beberapa portal melaporkan bahawa Lim memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah.

Lim juga dilapor berkata larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.

Sementara itu, seramai 30 anggota Perkasa berhimpun di hadapan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) bagi menyatakan bantahan terhadap kebenaran pengunaan kalimah Allah kepada orang bukan Islam.

Suasana menjadi tegang apabila kumpulan itu tiba di perkarangan Komtar pada pukul 2.30 petang dan cuba naik ke pusat pentadbiran kerajaan negeri di tingkat tiga untuk menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Abul Kassim, namun dihalang polis.

Mereka yang tidak berpuas hati melaung nama ketua menteri dan Abdul Malik dari bawah sambil bertakbir dan mendesak kedua-dua mereka turun.

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang itu tidak muncul dan memorandum itu diserah kepada pembantu khas Abdul Malik, Ziezul Hakim Zainol.

Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin mendesak Abdul Malik menjalankan tugasnya dengan menasihati ketua menteri yang mungkin tidak faham mengenai hal ehwal agama Islam dan menarik semula kenyataan itu.

"Sokongan yang dibuat beliau (Abdul Malik) terhadap kenyataan ketua menteri baru-baru ini mengecewakan kami. Kalau beliau tak mampu bela kepentingan orang Islam di negeri ini beliau patut letak jawatan," katanya.

Abdul Malik pada sidang akhbar pada Rabu lepas berkata kenyataan Lim bahawa fatwa itu hanya terpakai untuk orang Islam adalah kenyataan yang berasaskan fakta bukan satu dasar.

Beliau berpendapat Lim tidak melakukan sebarang kesalahan dan meminta pihak tertentu supaya tidak memanjangkan isu berkenaan.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan