Tiga Lagi Individu Gaduh Di Stadium Shah Alam Diminta Serah Diri

Diterbitkan: Jumaat, 19 Disember 2014 4:29 PM

Seorang lelaki cedera pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia menentang Vietnam, di Stadium Shah Alam pada 7 Disember lalu.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis meminta tiga lagi individu yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam pada 7 Disember lepas supaya menyerah diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu atau mengenali

individu yang terlibat turut diminta menghubungi pihak polis.

Beliau berkata mereka boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Chang Sing Kong di talian 016-7723336 atau Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam ASP Mohd Amirul Abdullah di talian 012-4748870.

Selain dua pegawai berkenaan, orang ramai juga boleh menghubungi IPD Shah Alam di talian 03-5520 2222, katanya.

Beliau berkata setakat ini 13 individu telah ditahan dan saki baki mereka yang terlibat diminta tampil bagi membantu siasatan.

Dalam insiden itu, sekumpulan penyokong Harimau Malaya yang kecewa setelah Malaysia kalah 1-2 kepada Vietnam, dikatakan melakukan provokasi dengan membaling objek ke arah penyokong Vietnam sehingga menyebabkan seorang penyokong Vietnam mengalami kecederaan.

Susulan itu, sembilan lelaki telah ditahan reman dengan lima daripada mereka telah didakwa di Mahkamah Majistret atas kesalahan merusuh.


Tags / Kata Kunci: gaduh , Stadium Shah Alam , Piala AFF Suzuki

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan