Pasukan Simpanan Persekutuan Akan Ditransformasi - Khalid

Diterbitkan: Rabu, 17 Disember 2014 4:25 PM

Khalid menyerahkan Cota Kuasa kepada Pegawai Pemerintah Unit 3, Supt Kamarulzaman Maarof sempena Hari Peringatan Ulang Tahun Penubuhan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) ke 59 di Kuala Lumpur, Rabu.-fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) akan ditransformasi bagi memenuhi aspirasi rakyat dalam mengawal demonstrasi jalanan dan ketenteraman awam, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata antara transformasi itu ialah melibatkan perubahan pola pemikiran para pegawai dan anggota FRU yang perlu mengikut piawaian antarabangsa.

"Dalam menangani perhimpunan misalnya, mungkin kita tidak boleh bertindak seperti 10 hingga 15 tahun yang lepas seperti bertindak mengeluarkan cota. Ia perlukan transformasi pola pemikiran kita.

"Usaha ini seiring dengan ekspektasi dan aspirasi rakyat dalam melaksanakan hak kebebasan mereka. Kita sekarang berhadapan dengan situasi di mana kita (polis) dinilai dan dihukum oleh persepsi rakyat," kata Khalid ketika berucap sempena sambutan ulang tahun PSP ke-59 di Kompleks PSP, Cheras pada Rabu.

Menurutnya, walaupun terdapat segelintir pihak mendakwa berlaku kemerosotan dalam tahap keamanan negara dan negara belum mencapai status 10 negara paling aman di dunia, namun itu bukan disebabkan pasukan polis gagal dalam melaksanakan tanggungjawab mereka kepada rakyat dan negara.

Khalid berkata polis berjaya mengekal keamanan dan kedaulatan negara sehingga Malaysia diletak dalam kategori 'tinggi dalam ranking keamanan' berdasarkan laporan Global Peace Index 2014.

"Kita tidak dapat lari daripada menerima tempias turun-naik gelombang globalisasi yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada negara," katanya.

Tags / Kata Kunci: Khalid Abu Bakar , FRU

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan