Suspek Militan IS Warga Malaysia Ditahan Di KLIA - Berita Jenayah | mStar

Suspek Militan IS Warga Malaysia Ditahan Di KLIA

Diterbitkan: Rabu, 17 Disember 2014 10:21 AM

klia
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki rakyat tempatan yang dipercayai mahu berlepas untuk ke Syria bagi menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid berkata, lelaki berusia 39 tahun itu cuba untuk pergi ke Turki selepas transit di Brunei.

"Suspek ditahan pada pukul 5.30 pagi tadi.

"Dia merancang untuk terbang ke Brunei dan kemudian ke Turki sebelum pergi ke Syria," katanya pada sidang media pada Rabu.

Khalid berkata, lelaki itu dipercayai mahu menyertai kumpulan pengganas IS.

"Kita tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang menyokong atau menyertai mana-mana kumpulan pengganas.

"Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mana-mana rakyat Malaysia yang berbuat demikian," tegasnya.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan