Dadah Bernilai RM5.7 Juta Dirampas Di KLIA

Diterbitkan: Rabu, 17 Disember 2014 6:15 PM

Noor Rashid (kanan) dan Pegawai Polis, Amrin Mohd Arif menunjukkan beg berisi dadah jenis syabu yang dirampas di Kompleks MAS Kargo pada Majlis Sidang Media Narkotik di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Rabu.-fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Taktik warga asing mengirim bungkusan pakaian terpakai untuk mengaburi pihak berkuasa bila menyeludup masuk dadah ke negara ini tetap gagal.

Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman berjaya membongkar taktik itu. 

Mereka merampas dadah bernilai RM5.7 juta dalam tiga operasi berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejak minggu lepas. 

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata dalam operasi pertama pada Sabtu lepas, polis merampas dua bungkusan berasingan yang hanya menggunakan satu dokumen perjalanan udara.

Bagi mengaburi pihak berkuasa, dalam bungkusan pertama terdapat pakaian terpakai, manakala bungkusan kedua yang cuba diseludup menerusi laluan bagasi penumpang terdapat dadah jenis Syabu seberat 20.2kg. 

"Hasil siasatan ke atas barangan itu mendapati, ia telah dihantar dari Abuja, Nigeria melalui penerbangan EgyptAir ke Kuala Lumpur," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, Rabu.

Beliau berkata dalam kes kedua pada Ahad lalu, seorang lelaki warga India yang baru tiba dari Chennai, ditahan kerana memiliki satu bungkusan dadah jenis Ephedrine seberat 5.4kg yang disorokkan dalam ruangan bawah beg yang diubahsuai.

Dalam kes ketiga pada Selasa, Noor Rashid berkata kira-kira pukul 7.20 petang, pihaknya mengesan sebuah kotak yang mengandungi dua bungkusan Syabu seberat 23kg yang disorokkan dalam ruangan khas sebuah beg. 

"Hasil siasatan polis mendapati, kotak itu tiba dari Abuja, Nigeria dengan menggunakan penerbangan EgyptAir. 

"Polis tidak menolak kemungkinan kes pertama dan ketiga didalangi sindiket yang sama. 

"Kita percaya dadah yang cuba diseludup masuk ke negara ini adalah untuk tujuan pasaran tempatan dan luar negara," katanya sambil menambah terdapat warga Nigeria menyalahgunakan pas pelajar untuk melakukan aktiviti pengedaran dadah. 

Beliau berkata, walaupun tiada tangkapan dalam kes pertama dan ketiga namun sisatan diteruskan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Tags / Kata Kunci: dadah , KLIA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan