Lelaki Myanmar Bunuh Rakan Senegara Dicari

Diterbitkan: Rabu, 17 Disember 2014 1:37 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN:  Dua warga Myanmar yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan beberapa kes pembunuhan baru-baru ini dipercayai telah melarikan diri daripada negeri ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata mereka yang berumur antara 30-an dan 40-an dipercayai berbuat demikian selepas gambar mereka tersiar di akhbar.

"Berdasarkan siasatan polis, kami percaya dua lelaki itu telah keluar dari Pulau Pinang tetapi masih berada di Malaysia dan usaha mengesan mereka giat dijalankan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sehari Polis Kontinjen Pulau Pinang Bersama Masyarakat di sini, Rabu.

Orang ramai yang mengenali atau ternampak mereka diminta agar menghubungi pihak polis.

Sejak awal tahun ini, 18 kes pembunuhan melibatkan rakyat Myanmar dilapor berlaku di Pulau Pinang yang dipercayai dilakukan warga Myanmar sendiri yang bermotifkan dendam di negara asal mereka.

Terdapat mangsa yang dibunuh dibungkus dengan kain putih seperti dikafan dan ditinggalkan di tepi-tepi jalan.

Namun sejak bulan lepas, pembunuhan melibatkan pemotongan anggota badan mangsa yang anggotanya dipisahkan sebelum dibuang di beberapa kawasan berbeza.

Abdul Rahim berkata selain dua lelaki terbabit, pihak polis juga sedang mengesan dua lagi warga Myanmar berusia lingkungan 20-an.

"Identiti dan gambar dua individu terbabit akan diedar kepada pihak media untuk disiarkan dalam masa terdekat," katanya.

Sehingga kini 12 lelaki Myanmar ditahan dan sedang direman.

Beliau berkata polis juga sedang mengesan identiti satu lagi kumpulan rakyat Myanmar yang disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan rakyat negara itu.

"Berdasarkan siasatan, kedua-dua kumpulan itu hanya terbabit dalam kes bunuh di Pulau Pinang," katanya.


Tags / Kata Kunci: Pulau Pinang , Polis , Myanmar

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan