Seorang Lelaki Cedera Ditembak Di Seremban

Diterbitkan: Isnin, 15 Disember 2014 12:52 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seorang lelaki cedera di telinga dan kepala akibat terkena tembakan dalam satu kejadian di hadapan sebuah pusat hiburan di Kemayan Square, di sini awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, polis bergegas ke tempat kejadian setelah menerima maklumat orang awam berhubung kejadian itu pada 4.24 pagi.

Katanya, siasatan mendapati mangsa yang mempunyai rekod jenayah lampau itu dikenali sebagai Jepun Chai, 42, cedera di telinga kiri, luka di dahi dan bengkak di belakang kepala, kemungkinan akibat terjatuh.

"Siasatan awal mendapati terdapat tujuh kesan tembakan di premis berkenaan...buat masa ini, motif tembakan masih disiasat," katanya di sini.

Mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan lanjut, katanya.

Beberapa jam selepas kejadian itu, Muhamad Zaki berkata, empat lelaki berumur antara 20 dan 35 tahun ditahan di sekitar bandar Seremban bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Tags / Kata Kunci: tembak , Seremban , Muhamad Zaki Harun

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan