Polis Tahan Lelaki Didakwa Terlibat Penipuan RM260,000

Diterbitkan: Isnin, 15 Disember 2014 7:15 PM

wang
(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun pada Isnin kerana didakwa menipu mangsanya membabitkan kerugian berjumlah RM260,000.

Polis juga sedang memburu pasangan anak beranak yang merupakan bapa dan anak lelaki, yang dipercayai turut bersubahat.

Terdahulu, The Star melaporkan sekumpulan pekerja warga Indonesia yang mendakwa mereka telah ditipu oleh seorang pengurup wang di Subang Jaya di sini, selepas menggunakan khidmat untuk menghantar beribu ringgit kepada keluarga mereka di kampung halaman.

Bagaimanapun, kebanyakan mereka terkejut apabila mendapati keluarga mereka tidak menerima wang berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superitendan Tan Ah Chua berkata, pada minggu lalu sahaja polis menerima sembilan laporan daripada rakyat Malaysia dan Indonesia, yang mendakwa mereka telah ditipu sebanyak RM100,000 oleh pengurup wang berkenaan.

Sehingga kini, sebanyak 38 laporan telah dibuat terhadap pengurup wang terbabit.

"Selepas memperincikan kes, kita dapat menjejaki salah seorang suspek dan menahannya di rumahnya di Kuala Lumpur.

"Kita telah memulakan usaha memburu dua lagi rakan subahatnya, seorang bapa dan anak lelakinya, masing-masing berusia antara 35 dan 59 tahun," tambahnya.

Tan berkata, polis percaya ketiga-tiga suspek merupakan dalang kepada penipuan itu.

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai menipu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan