Empat Anggota Tentera Cedera, Seorang Parah Nahas Di Kampar - Berita Jenayah | mStar

Empat Anggota Tentera Cedera, Seorang Parah Nahas Di Kampar

Diterbitkan: Isnin, 15 Disember 2014 1:45 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Lima anggota tentera cedera apabila kenderaan yang dinaiki hilang kawalan dan terbalik berdekatan Kampar.

Kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 8 pagi di persimpangan keluar kuari di Jalan Kampung Sahom mengakibatkan salah seorang daripadanya cedera parah.

Bagaimanapun, empat anggota tentera yang lain cedera ringan, manakala lapan yang lain turut terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Mangsa dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.



   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan