Kebakaran Di Kampung Baru, 96 Hilang tempat Tinggal - Berita Jenayah | mStar

Kebakaran Di Kampung Baru, 96 Hilang tempat Tinggal

Diterbitkan: Isnin, 15 Disember 2014 11:25 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua deret rumah setinggan di Jalan Raja Alang, Kampung Baru di sini terbakar dalam kejadian awal pagi Isnin, meninggalkan 96 orang kehilangan tempat tinggal.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata pihak berkuasa telah dimaklumkan mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 4.30 pagi.

"Seramai 41 ahli bomba tiba di lokasi itu dalam masa 10 minit untuk memadam kebakaran.

"Pasukan itu berjaya memadamkan api kira-kira pukul 5.20 pagi" katanya.

Azizan berkata tiada seorang pun penduduk terpaksa berpindah cedera dalam kebakaran itu.
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan