Isu Kalimah Allah: Polis Buka Kertas Siasatan

Diterbitkan: Ahad, 14 Disember 2014 12:22 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng mengenai isu penggunaan kalimah Allah kepada orang bukan beragama Islam di negeri ini.

Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata siasatan dijalankan di bawah Kertas Enkuari Polis (KEP) selepas pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kenyataan berkenaan pada Sabtu.

"Ya memang polis ada terima satu laporan berkenaan kenyataan ketua menteri (Lim) dan setakat ini kami hanya menerima satu laporan polis, kami telah pun membuka kertas siasatan di bawah KEP.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan biar polis jalankan siasatan. Mungkin kami akan panggil beberapa pihak untuk bantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau ditemui selepas mengadakan Operasi Pencegahan Jenayah peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, pada awal pagi di sini.

Pada Sabtu, Pergerakan Pemuda Umno Bukit Mertajam membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, di Bandar Perda dekat sini berhubung kenyataan Lim kerana mendakwa ia merupakan satu campur tangan ketua menteri dalam hal ehwal agama Islam.

Lim, seperti dilaporkan beberapa portal berita pada Jumaat, memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah.

Ketua Menteri dilaporkan berkata larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.


Tags / Kata Kunci: Polis , Kalimah Allah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan