Dua Lelaki Ditahan Selepas Samun Wanita

Diterbitkan: Ahad, 14 Disember 2014 6:32 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Dua lelaki bukan sahaja berputih mata kerana gagal menyamun seorang wanita di kawasan perumahan di Air Itam, di sini malah ditangkap penduduk setempat sebelum diserahkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata dalam kejadian pada 10.45 Sabtu malam, wanita berkenaan yang bersendirian baru balik membeli-belah sebelum didatangi dua lelaki berusia lingkungan 20-an menaiki sebuah motosikal.

"Wanita itu baru keluar dari keretanya sebelum seorang daripada lelaki berkenaan cuba menarik beg tangan mangsa sehingga menyebabkan wanita berusia 46 tahun itu terjatuh.

"Dalam masa yang sama mangsa menjerit meminta tolong dan beberapa jiran yang menyedari kejadian itu bertindak mengejar dua lelaki terbabit serta berjaya menahan mereka sebelum menyerahkan kepada polis yang menjalankan Operasi Pencegahan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di kawasan berkenaan,"katanya kepada pemberita pada Ahad.

Operasi yang bermula pada 10 malam tadi hingga 4 pagi itu disertai 354 pegawai dan anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam dan anggota Ikatan Relawan Rakyat.

Mior Faridalatrash berkata mangsa mengalami kecederaan ringan iaitu luka ditangan dan lutut selepas terjatuh akibat ditarik suspek.

"Mangsa dihantar ke klinik berhampiran untuk menerima rawatan manakala dua suspek yang terlibat dalam kejadian itu kini direman bagi membantu siasatan,"katanya.

Beliau berkata dalam operasi itu, polis turut menahan dua lelaki berusia 30-an yang dikehendaki polis berkaitan kes ugutan jenayah dan seorang lelaki kerana memiliki dadah serta positif bahan terlarang berkenaan.

Katanya sepanjang operasi itu, pihaknya turut memeriksa 709 orang dan merampas pelbagai barangan antaranya sebuah televisyen, mikrofon, komputer dan speaker dari sebuah kedai makan.

"Kami turut mengadakan sekatan jalan raya dan memeriksa 586 pelbagai kenderaan serta mengeluarkan 140 saman atas pelbagai kesalahan trafik," katanya.

Tags / Kata Kunci: samun wanita

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan