Pemimpin Umno Batu Kawan Minta Polis Siasat 1MDB

Diterbitkan: Jumaat, 12 Disember 2014 6:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Paduka Khairuddin Abu Hassan pada Jumaat membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya kerana menjalankan perniagaan yang boleh dipersoalkan.

Beliau berkata, siasatan terperinci dan komprehensif perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca masalah kepincangan pentadbiran kewangan yang dihadapi syarikat hak milik penuh kerajaan itu.

Sambil mendakwa 1MDB disokong kuasa besar dalam parti politik, katanya, tindakan itu diambil selepas meneliti pelbagai laporan dalam dan luar negara termasuk media dalam talian yang mendedahkan mengenai kelemahan syarikat itu dalam menguruskan dana awam.

"Sehingga Mac 2014, 1MDB dibebani hutang mencecah RM41.9 bilion dan kini berdepan dengan kemungkinan muflis serta kehilangan dana awam.

"Tentu sekali situasi ini akan menambah beban kerajaan Malaysia sebagai penjamin 1MDB," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini.

Selain itu, beliau juga ingin mengetahui dari mana 1MDB mendapat kelulusan dana tersebut, selain mempersoalkan sama ada dana itu mendapat kelulusan Kkabinet atau tidak dan pihak mana yang membuat laporan penilaian terhadap aset-aset tersebut.

Khairuddin dalam laporannya antara lain menggesa pihak polis menyiasat kadar faedah yang lebih tinggi daripada kadar biasa yang sering dibayar 1MDB ke atas peminjam; punca 1MDB membayar yuran yang tinggi kepada syarikat Goldman Sachs; hutang 1MDB sehingga mencecah RM41.9 bilion; simpanan dana 1MDB di Cayman Islands dan beberapa transaksi termasuk pembelian tanah.

Katanya, sehingga kini kesemua bahan bukti yang telah diketengahkan oleh media masih belum dinafikan oleh pihak 1MDB.

Selain itu, beliau turut akan membuat laporan terhadap 1MDB di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada minggu hadapan.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan