Tiga Cedera Diserang 10 Lelaki Di George Town

Diterbitkan: Jumaat, 12 Disember 2014 6:58 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Tiga lelaki bukan sahaja mengalami kecederaan selepas diserang sekumpulan 10 lelaki, malah motosikal seorang daripada mereka turut di bakar dalam kejadian di Jalan Kelawai di sini awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, tiga lelaki berusia lingkungan 20-an itu sedang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Tanjung Tokong.

Jurucakap polis berkata mereka baru selesai makan di Padang Kota.

"Sekumpulan lelaki memintas perjalanan mereka ketika berada di Jalan Kelawai sebelum mereka dipukul dengan topi keledar. Mangsa berjaya melarikan diri namun terpaksa meninggalkan sebuah daripada motosikal mereka.

"Setengah jam kemudian, mereka kembali ke tempat kejadian dan mendapati motosikal yang ditinggalkan itu telah terbakar dan apinya sedang dipadam anggota bomba," katanya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash mengesahkan kejadian  dan berkata pihaknya sudah mengenal pasti beberapa lelaki terbabit yang seorang daripada mereka dicam oleh mangsa.

Motif sebenar kejadian masih disiasat.

Tags / Kata Kunci: serang , topi keledar , Jalan Kelawai

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan