Sembilan Lelaki Cetus Kekecohan Di Stadium Shah Alam Direman Sehingga Isnin

Diterbitkan: Jumaat, 12 Disember 2014 6:00 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sembilan lelaki ditahan reman empat hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan insiden penyokong bola sepak Vietnam diserang ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam, Ahad lepas.

Majistret Farah Azura Mohd Saad mengeluarkan perintah reman itu bagi membolehkan kesemua suspek berumur antara 19 dan 29 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan bagi kesalahan merusuh.

Insiden itu berlaku apabila sekumpulan penyokong Harimau Malaya, yang kecewa setelah Malaysia tumpas 1-2 kepada Vietnam, dikatakan melakukan provokasi dengan membaling objek ke arah penyokong Vietnam.

Ketika kekecohan itu, seorang penyokong Vietnam cedera dipukul.

Pada aksi kedua di di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Khamis, Malaysia mara ke perlawanan akhir selepas menumpaskan Vietnam 4-2.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata sembilan suspek itu adalah antara 15 lelaki yang dicari polis bagi membantu siasatan.

Beliau berkata kesemua lelaki itu ditahan di sekitar Johor, Kuala Lumpur dan Selangor antara 10.30 Khamis malam hingga awal pagi Jumaat.

"Kita masih perlukan kerjasama baki enam individu lagi yang gambar mereka telah disiarkan di media untuk segera tampil bagi membantu pihak kami mempercepatkan siasatan.

"Kita jangka kita akan selesai siasatan dalam masa terdekat dan seterusnya merujuk kes ini kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, petang Jumaat.

Skuad Harimau Malaya dijadualkan bertemu Thailand dalam aksi timbal balik di Bangkok pada 17 Disember dan Shah Alam pada 20 Disember.


Tags / Kata Kunci: reman , AFF Suzuki , kekecohan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan