Anggota Polis Ditemui Mati Dengan Kesan Tembakan

Diterbitkan: Jumaat, 12 Disember 2014 3:12 PM

(Ubah saiz teks)

LABUAN: Seorang anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di bahagian kepala di rumahnya awal Jumaat dan sepucuk pistol turut ditemui di sisi mayatnya.

Ketua Polis Daerah Labuan Superintendan Adzhar Othman berkata, Lans Koperal Mohd Sobri Abd Rahman, 29, ditemui mati pada 12.20 pagi dan beliau pulang ke rumah pada 11.30 malam selepas menjalankan tugasan rondaan, malam Khamis.

"Beliau meninggal dunia akibat luka tembakan, tempat di mana beliau menunaikan solat," katanya kepada Bernama.

Turut ditemui sepucuk pistol separa automatik jenis Walther P99, katanya.

Mohd Sobri, yang berasal dari Perak, meninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan berusia dua tahun, kata Adzhar sambil menambah Mohd Sobri menjalankan tugasan am di Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan sejak enam tahun lepas.

Adzhar berkata, Mohd Sobri bergiat aktif dalam sukan, merupakan pelatih perarakan dan pengadil futsal pada Sukan Persahabatan BIMP-EAGA yang baru berakhir.

"Sobri merupakan seorang anggota polis yang sangat berdedikasi.

Dia akan sentiasa dikenang oleh rakan-rakannya," kata seorang anggota polis.

Jenazah Mohd Sobri akan diterbangkan ke kampung halamannya di Gerik, Perak, untuk disemadikan.
Tags / Kata Kunci: polis , Labuan , tembakan , Adzhar Othman

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan