Tiga Pelajar Tingkatan Dua Disyaki Terbabit Kes Pecah Kedai, Kereta Di Ampang

Diterbitkan: Jumaat, 12 Disember 2014 3:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga pelajar lelaki tingkatan dua ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kes pecah kedai dan pecah kereta di Jalan 2/2, Taman Cahaya, Ampang di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner  Khairuldin Saad berkata, dalam kejadian 2.45 pagi itu, anggota polis unit rondaan bermotosikal ternampak ketiga-tiga suspek sedang mengumpil pintu belakang sebuah kedai telekomunikasi.

Apabila polis menghampiri, mereka melarikan diri dengan menaiki tangga di bangunan itu tetapi dapat ditahan di tingkat tiga bangunan itu, katanya ketika dihubungi Jumaat.

Hasil pemeriksaan terhadap mereka, polis menemui sebuah beg galas berisi pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah.

"Ketiga-tiga suspek berusia 14 tahun itu mengaku memecahkan sebuah kereta Honda City di Jalan Pandan Cahaya, Ampang sebelum mengumpil pintu belakang kedai telekomunikasi itu. Namun mereka tidak sempat melarikan apa-apa daripada kereta itu kerana penggera berbunyi," katanya.

Ketiga-tiga remaja itu masih belajar di sebuah sekolah di Ampang dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Mereka ditahan reman lima hari mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.


Tags / Kata Kunci: tingkatan dua , pelajar , pecah kedai , Ampang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan