Mayat Lelaki Berbalut Kain Pelikat Ditemui Dalam Semak

Diterbitkan: Khamis, 11 Disember 2014 9:01 AM

(Ubah saiz teks)

TASEK GELUGOR: Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui dalam semak di tepi jalan di Jalan Bukit Tok Alang di sini, kira-kira 5.30 petang Rabu.

Jurucakap polis berkata, mayat lelaki dipercayai berusia lingkungan 30-an itu ditemui berbalut dengan kain pelikat seperti dikafan oleh seorang lelaki yang melalui kawasan berkenaan.

"Lelaki itu melalui kawasan berkenaan sebelum terbau benda busuk, dia kemudian mencari di sekitar semak di tepi jalan tersebut sebelum ternampak bungkusan kain pelikat.

"Dia mendekati dan ternampak mayat manusia dalam kain pelikat tersebut," katanya kepada pemberita, di sini, Rabu.

Beliau berkata, polis percaya mangsa mati di tempat lain sebelum dibuang di kawasan berkenaan sejak empat hari lepas berdasarkan keadaan mayat yang sudah membengkak.

"Pemeriksaan forensik mendapati mayat lelaki berkulit gelap itu tiada tanda suntikan BCG," katanya.

Jurucakap itu berkata pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kecederaan pada badan mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan, katanya.

Tags / Kata Kunci: kain pelikat , mayat , Jalan Bukit Tok Alang

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan