Polis Cari Waris Lelaki Bertatu Dijumpai Mati

Diterbitkan: Rabu, 10 Disember 2014 8:51 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Polis Daerah Johor Baharu Utara (JBU) sedang mencari waris seorang lelaki bertatu yang dijumpai mati dekat loji kumbahan bersebelahan padang bola sepak, Taman Munsyi Ibrahim, Tampoi, pada 6 petang Isnin lalu. 

Pemangku Ketua Polis Daerah itu Supt Beh Eng Lai berkata mayat lelaki itu dijumpai dalam keadaan bogel dengan kedua kakinya terikat dan hanya ditutup dengan menggunakan cadar.  

Sehelai baju turut dijumpai berdekatan tempat itu. 

"Tiada pengenalan diri dijumpai pada mayat yang sudah mulai kembung dan berulat itu tetapi pada bahagian atas lengan kirinya ada terukir tatu 'ANBALAGANLOVES AMUTHAVALLI' manakala bahagian bawah lengan terukir 'MY WIFE AMUTHAVALLI'," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada jarinya juga ada tatu 'BALA' dan 'LOVE'.

Walaupun kaki mangsa yang dianggarkan berusia 40an itu terikat dengan tali, tiada kecederaan dikesan pada badannya. 

Beh menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah JBU di talian 07-5563122.

Tags / Kata Kunci: mayat lelaki bertatu

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan