Mangsa Culik Abu Sayyaf Dibebaskan Awal Pagi Rabu

Diterbitkan: Rabu, 10 Disember 2014 5:09 PM

Isteri mangsa culik, Chan Sai Chiun.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Penternak ikan di Kunak, Chan Sai Shuin dilaporkan telah dibebaskan oleh kumpulan bersenjata Abu Sayyaf.

Menurut sumber, Chan,32, yang kelihatan menggeletar namun tiada sebarang kecederaan dan telah dibawa ke Sandakan lebih kurang pukul 6.45 pagi Rabu serta diberi rawatan kesihatan.

Difahamkan pihak Filipina dan Malaysia yang terlibat sebagai orang tengah menerima mangsa culik itu pada awal pagi dengan menaiki bot laju ke Sandakan.

Chan telah dipertemukan dengan isterinya, Chin Pek Nyen,31.

Chan diculik oleh kumpulan bersenjata itu pada 16 Jun di kolam ikannya di Sapong Kunak.

Sementara itu seorang anggota polis Kontabel Zakiah Aleip,26, dari Pulau Mabul yang turut diculik pada 12 Jun lalu masih lagi ditawan oleh kumpulan Abu Sayyaf dan rundingan pembebasan masih lagi dilakukan.

Tags / Kata Kunci: culik , Abu Sayyaf

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan