KDN Temui Stor Rahsia, Rampas DVD Cetak Rompak Hampir Setengah Juta

Diterbitkan: Selasa, 9 Disember 2014 4:48 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lebih 30,000 DVD cetak rompak yang nilainya mencecah hampir setengah juta ditemui dalam stor rahsia di sebuah premis dalam serbuan dekat Jalan Dang Wangi, malam Isnin.

Hasil pemeriksaan rapi anggota penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN), pintu tersembunyi yang menghubungkan stor barangan itu ditemui pada siling premis itu.

Lubang rahsia itu disediakan untuk mengelak kegiatan cetak rompak itu dikesan pihak berkuasa.

Malahan, pemilik dan pekerja premis itu hanya membenarkan pelanggan tetap sahaja untuk membeli DVD di situ.

Turut ditemui buku log perniagaan disyaki barangan terbabit yang diedar untuk pasaran sekitar Lembah Klang dan dijual pada harga antara RM10 hingga RM15 ringgit setiap unit.

Serbuan diketuai Penolong Pegawai Penguatkuasa KDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Zulkarnain Hassan yang digerakkan hasil aduan awam.

Sebelum itu, pasukan berkenaan menjalankan risikan selama dua minggu bagi memantau pergerakan operasi DVD haram itu di sekitar kawasan berkenaan.

Dalam serbuan itu, dua pekerja, masing-masing lelaki dan wanita yang cuba menutup premis berkenaan ditahan bagi membantu siasatan.

Keseluruhannya, sejumlah 18,500 DVD dan 12,886 blu ray yang bernilai RM442,720 dirampas dalam serbuan itu.

Tindakan dilakukan mengikut Seksyen 18 (4) (e) Akta Penapisan Filem 2002.

Kesemua rampasan dan tangkapan dibawa ke pejabat KDN di ibu negara untuk tindakan lanjut.


Tags / Kata Kunci: DVD , cetak rompak , stor rahsia , KDN

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan