Kastam Dalam Proses Pohon Hukuman Penjara Penyeludup Rokok, Alkohol

Diterbitkan: Selasa, 9 Disember 2014 4:39 PM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kini dalam proses permohonan untuk mengenakan hukuman penjara mandatori terhadap kesalahan menyeludup dan pengedaran serta penjualan rokok dan minuman keras tanpa lesen, kata Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Bahagian Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Matrang Suhaili.

Beliau berkata, permohonan tersebut dibuat berikutan hukuman kompaun mengikut Akta Kastam 1967 yang dikenakan pada masa ini tidak lagi berkesan dalam memberi kesedaran dan membanteras jenayah yang merugikan negara itu.

"Pesalah yang didapati melakukan aktiviti penyeludupan, pengedaran termasuk penjualan rokok dan minuman keras (tanpa lesen) kini sanggup membayar kompaun walaupun nilainya mencecah 20 kali ganda daripada nilai kesalahan.

"Oleh itu kita sedang membuat permohonan agar pesalah berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara," katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Ops Pacak 2014 Peringkat Negeri Sabah Siri 2/2014 di sini, Selasa.

Mengulas mengenai Ops Pacak 2014, beliau berkata, ia bertujuan membanteras rangkaian penjualan, pengedaran barang-barang kritikal seperti rokok dan minuman keras secara haram dan operasi tersebut akan dijalankan sehingga 22 Disember ini.

"Operasi itu juga bertujuan untuk mengurangkan permintaan dan bekalan peruncit rokok haram dan minuman keras dan dalam operasi itu kami juga mengambil tindakan bersepadu ke atas sasaran dengan menguatkuasakan sepenuhnya peruntukan undang-undang.

"Sasaran Operasi ini adalah di kawasan-kawasan 'panas' yang telah dikenal pasti sering menjadi lokasi penyeludupan barangan kritikal tersebut," katanya.

Sementara itu, Matrang berkata JKDM Sabah berjaya mengutip cukai sebanyak RM3.2 juta dalam tempoh 11 bulan tahun ini.

"Dalam tempoh itu, sebanyak 475 outlet telah diperiksa iaitu sebanyak 223 di Kota Kinabalu, Tawau (47), Sandakan (81), Lahad Datu (31), Keningau (80), Kudat (7) dan Semporna (6) dan sebanyak 1,414 fail siasatan dibuka membabitkan kes pendakwaan, kompaun, rampasan serta kes dalam siasatan," katanya.


Tags / Kata Kunci: kastam , penyeludup , rokok , alkohol , Matrang Suhaili

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan