Empat Kereta Musnah Dalam Kebakaran Tengah Malam - Berita Jenayah | mStar

Empat Kereta Musnah Dalam Kebakaran Tengah Malam

Diterbitkan: Selasa, 9 Disember 2014 12:29 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat buah kereta musnah dalam satu kebakaran yang berlaku pada tengah malam di hadapan sebuah restoran di Taman Mastiara, Jinjang di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul Komisioner R. Munusamy berkata panggilan kecemasan diterima kira-kira pukul 1 pagi Isnin, memaklumkan pihak berkuasa tentang kebakaran itu.

"Satu pasukan yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Daerah (CID) dan jabatan forensik negeri bergegas ke tempat kejadian di Jalan 5/18D.

"Empat kenderaan yang musnah dalam kebakaran telah dikenal pasti sebagai Nissan Sunny, sebuah kereta Proton Iswara, Proton Saga FLX dan sebuah Iswara Aeroback," katanya.

Munusamy berkata anggota bomba telah bertindak memadamkan api, mencegah ia daripada merebak ke bahagian kedai.

"Dua pemilik kereta yang terbakar membuat laporan polis selepas kejadian.

Tiada kamera litar tertutup dipasang di kawasan itu.
Tags / Kata Kunci: kereta terbakar , R. Munusamy

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan